08 September 2012

Benar bak Kata Gula2 HACKS...Hanya Aku Cinta Kau Seorang


Sayang,
Kamu tau tak aku merasa begitu jauh walau kamu berada dalam hati aku..
Saat kamu bersama teman aku terasa diri ini diabaikan..
Terasa sungguh jauh..
Saat kamu bersama mereka,
Ingatkah aku dalam hatimu?
Aku ingin kamu tau aku disini selalu merinduimu..
Aku ingin menjagamu,
Aku ingin menyayangimu,
Aku ingin mengambil berat tentangmu,
Aku ingin tau kemana kamu setiap masa,
Aku ingin tau apa yang sedang kamu lakukan.
Kerna hanya kamu yang aku cinta..
Kenapa hati ini rasa tidak dipedulikan..
Tapi akanku endahkan hati ini..
Aku tau kamu ada kawan,teman yang akan bersamamu,
Walau aku tiada disisi..
Bahagialah kamu sayang..
Aku memahamimu,
Apakah isi hatimu,
Akanku tahan hati ini untuk terus bersedih,
Kerana hanya dirimu yang aku ada..
Yang kamu perlu tau..
Cinta aku padamu bukan terletak pada ucapanku yang berulang kali,
Cinta aku tidak pernah berubah,
Aku yang menangis kerana cinta bukanlah beerti jiwaku lemah,
Tetapi inilah diantara bukti sebuah cintaku dan bukanlah suatu permainan..
Tetap akanku tertawa walau sebenarnya aku ingin menangis..
Tetap akanku tersenyum walau sebenarnya aku sedang kecewa..
Tetap akanku kuat walau sebenarnya aku sudah tidak sanggup lagi..
Dan yang terpenting tetap akanku sabar dan memandang segalanya..
Baik-baik saja walau sebenarnya hatiku lemah dan sedang terluka..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Cinta bagaikan bintang di langit sana..
Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya..

No comments:

Post a Comment